07 Mac 2009

Ponteng...



“Wansu, ko tolong absen untuk aku ye hari ini. Aku letih la nak masuk kuliah..”, sms seorang temanku ketika berada di dewan kuliah. Ketika itu dosen sedang kusyuk mengajar di hadapan. Ini bukan pertama kali smsseumpama ini aku terima, dan bukan juga cuma dari satu orang !! Menyampah aku dibuatnya.

Gejala ponteng kuliah sudah makin menjadi-jadi. Makin meningkat semester, makin bertambah pula bilangan kerusi yang kosong di dalam dewan kuliah. Dulu meriah, sekarang sunyi. Dosen sering tertanya-tanya, hanya sebanyak inikah pelajar di dalam kelas ini?

Aku sebenarnya lebih sukakan keadaan begini. Sedikit orang. Jadi, aku lebih mudah fokus ketika dosenmengajar. Namun di sisi yang lain, aku sedih dan simpati. Ke manakah teman-temanku yang dulu duduk di sebelah kiri dan kananku? Ke mananakah semangat mereka yang dulu selalu membuat aku termotivasi untuk tidak putus asa dalam belajar? Kenapa dalam sekelip mata berubah seperti ini?

”Aku perlu berbuat sesuatu!” detik hatiku. Ya, takkan aku biarkan saja teman-teman aku hanyut di buai arus dunia. Maka setelah selesai kuliah hari itu, aku segera mendapatkan Supra X 125-ku yang sentiasa bersedia untuk membawaku ke mana-mana. Tempat yang bakal aku tuju adalah rumah temanku yang menghantar smspadaku pagi tadi.

Aku tahu, rumah yang bakal kutujui ini adalah port di mana hampir 90% ahlinya suka ponteng kuliah. Aku sudah dapat jangkakan apa yang bakal aku temui bila aku sampai ke sana. Namun aku belum merencanakan apa-apaplan untuk menghadapi mereka semua. ”Ah, bagaimana ya?!” fikirku.

Sah! Memang persis seperti jangkaanku. Sampai sahaja aku di sana, semuanya masih nyenyak dibuai mimpi. Kalau diukur dari sudut kualiti kedaran seperti apa yang aku pelajari di kuliah, mereka mungkin berada pada tahap sopor, tidak sedarkan diri. Mungkin ini bukan masa yang terbaik untuk aku mengganggu mereka.

Bagiku, bukanlah sesuatu yang pelik apa yang berlaku terhadap teman-temanku itu. Malamnya dihabiskan dengan bermain Dot-A, permainan komputer yang mendapat sambutan hangat di kalangan anak muda sekarang. Bukan hanya malam-malam minggu mereka begitu, tetapi hampir setiap malam perlawanan antara mereka diadakan.




Permainan komputer DotA yang menjadi gilaan para remaja kini


Aku amat sedih apabila mendapat tahu ada di antara mereka yang langsung tidak pernah ke skill lab untuk blokBrain and Mind System ini, dan cuma dua kali ke kelas tutorial. Silap hari bulan, mungkin dia akan dropped out(DO). Parah!

Sampai sekarang aku masih menemui jalan buntu bagaimana membawa teman-temanku ini kembali ke pangkal jalan. Sudah dinasihat, tetapi seperti menuang air di atas daun keladi. Tiada kesan.

Namun alhamdulillah apabila ujian blok menjelang, ada muka-muka yang sebelum ini selalu ponteng tetapi hadir semula memenuhi kerusi-kerusi kuliah. Mungkinkah mereka sudah sedar? Atau hanya sekadar mahu mengisi petak-petak di lembar absensi yang selama ini bersih tanpa sebarang tandatangan? Harapanku moga kesedaran yang hadir di hati mereka.

Doa ini aku hadiahkan bagi diriku dan sesiapa yang masih mengharapkan akan hadirnya Allah untuk mengubah kehidupannya:


Ya Rabb, Engkau Maha Besar, kekuasaanMu pasti lebih besar daripada masalah hamba. Engkau Maha Besar, ampunan dan rahmatMu pasti lebih besar daripada dosa hamba. Dan Engkau Maha Besar, kerana kebesaranMu maka tak layak hamba untuk berputus asa.


Ya Rabb, Engkau Maha Tahu ya Rabb, hamba yang berbuat dosa, selayaknya memang hamba yang menanggung segala akibatnya. Tapi hamba juga tahu, bahawa samudera ampunanMu begitu luas, sehingga mampu membebaskan hamba daripada segala akibat. Lantaran inilah harapan hamba muncul, maka jangan Engkau pupuskan harapan hamba ya Rabb.


Ya Rabb, di tengah lautan permasalahan kehidupan yang hamba hadapi, baik yang hamba buat sendiri, ataupun yang muncul akibat kelalaian dan kebodohan hamba, hamba tidak pernah ingin berhenti berharap, bahawa Engkau tidak akan pernah menutup mata terhadap kesalahan-kesalahan hamba, dan segera membentangkan lindungan dan pertolonganMu di atas kehidupan hamba.


Ya Rabb, di tengah keterbatasan hamba menutupi kesalahan-kesalahan hamba dan berjuang untuk hidup dan kehidupan, hamba tidak pernah ingin berhenti berharap, bahawa Engkau tidak akan pernah lari dari kehidupan hamba, betapapun hamba adanya.


Semoga harapan-harapan hamba ini tidak menjadi harapan kosong di mataMu, Engkaulah hujung segala harapan. Engkau bukan manusia yang punya kesabaran terbatas, kerana Engkau adalah Tuhan Semesta yang tidak pernah mempunyai batas.


7 ulasan:

kartini berkata...

salam.

ya, saya bosan sebenarnya melayan orang-orang seperti ini. kalau ikutkan hati, saya pun malas nak masuk kuliah. lebih enak dibuai mimpi ataupun lebih bahagia duduk di rumah saja kan.. macam raja. tapi, bila mengingatkan yang saya ni datang punyalah jauh. dari negara seberang pulak tu. bayar mahalnya bukan main. seperti sia2 saja datang. kasihan mak bapak kat rumah. dia sangka kita tiap2 hari datang ke kuliah, rupanya amanah itu kita pecahkan. hm.. entah, mungkin orang2 ini belum matang. huhu..

qamarunnajmi berkata...

salam..
isyh ramai nyer jd kaki ponteng..
mungkin wak2 tu dorang penat kot
positive thinking..
kt fkg pown cam 2 gak..
tapi aper nak wat..kiter pown terpakse menanggung dose dorang sebb kiter yang signkan..juz doakn beliau n kengkawan insaf bahwa ilmu dituntut bukan hanya pada sekeping absensi tapi niat berilmu mesti kerna ALLAH..mungkin ramai yang xsedar kepentingan ilmu kerna aper??atau ilmu dorang hanya pada pointer saja..wallahualam bisawa'..juz doakan mereka semua..ampunilah dosa2 mereka ya ALLAH..

Wan Suhafifi Sukri berkata...

to Wardhatul Shaukah:

mmg bosan melayan karenah org2 begini..tp nasihat saya utk diri n sahabat2, jgn kte bosan utk terus mengajak mereka..hari ni mungkin mereka belum berubah, tapi suatu saat..mungkin asbab nasihat2 kte, mereka akan terpikir utk berubah..tidak mungkin mereka datang jauh2 semata2 utk ponteng n main game..jauh di hati kecil mereka, saya yakin pasti ada harapan yg masih tersembunyi utk berjaya n banggakan org tua mereka.

Wan Suhafifi Sukri berkata...

to qamarunnajmi :

saya kurang setuju utk kte signkan utk diorang yg x dtg kuliah tanpa sebab..ini malah menggalakkan mereka utk ponteng. Tanggungjawab kte yg fahamlah harus sampaikan kpd sahabat2 kte yang yg masih hanyut dengan dunia mimpi mereka, tidak cukup dgn hanya mendoakan saja mereka. Mungkin yg perlu diberikan penekanan kat sini adalah kaedah yg terbaik utk menyampaikan kpd kwn2 kte. Moga dgn usaha kte, Allah merubah mereka kembali ke pangkal jalan.

Nazrul Amar Husin berkata...

aiya...kes berat ni...adus~
bakal dokter nih...adei~

adakah di FKG pon mgalami krisis yg same?no komen... =p

Wan Suhafifi Sukri berkata...

ana harapkan kita sama2 menasihati teman2 kte yg mungkin terlalai.. amar, yg penting nta xmain dah okey. jadi contoh kat kwn2.

Mohd Khadzrul Faizal berkata...

signkan utk org 2 perkara biasa tetapi, kita untuk tutorial & skill lab kita x leh tlg sainkan nanti kantoi.. x pg kuliah pun x mendatangkan keburukan hanya jgn ponteng tutorial dan skilllab jer la.. hihihi.. sy x pg kuliah pun sbb sakit je.. siap ada surat sakit lg.. hihihi..

 


ZIKIR & FIKIR - Templates Novo Blogger 2008