04 Mac 2009

Aku Mau Membuat Mamaku Bangga !!


Aku mau membuat mamaku bangga.” Ungkapan bersahaja ini diungkap oleh Upi, 11 tahun, seorang anak autis. Secara medis, Upi adalah anak yang yang secara mentalnya agak terhambat berbanding anak-anak yang sebaya dengannya. Pertumbuhan indera dan gerakannya lambat. Di bawah normal.

Upi diberitahu oleh abangnya bahawa dia boleh menjadi seorang perdana menteri suatu hari nanti. Namun dia menggeleng. Upi juga diberitahu bahawa dia masih boleh menjadi doktor. Lagi-lagi ia menggeleng. Kemahuannya hanya mahu memakai pakaian sendiri, dan mengikat tali kasutnya tanpa bantuan mamanya, agar mamanya itu bangga. Luar biasa bukan!


Cerita ringkas ini saya nukilkan berdasarkan pembacaan saya tentang kisah hidup anak yang mengalami autism. Malu saya apabila mengenangkan diri yang jarang sekali mempunyai harapan seperti Upi. Ingin membuatkan mamaku bangga !!


Kasih sayang bagaikan mata air, ia memberikan kehidupan. Kasih sayang boleh juga diibaratkan dengan matahari, yang menyinari kehidupan. Tanpa kasih sayang, apalagi kasih sayang antara anak dengan ibu, ibu dengan anak, dan keluarga, maka membatinlah kita.


Marilah kita menjenguk kembali sebentar sejarah kehidupan yag sudah kita lalui, adakah selama ini kita banyak membuat ibu kita menangis, atau bersedih? Adakah perbuatan kita, sikap kita, tidak menyenangkan ibu dan ayah? Kalau ada, dan selagi mereka masih hidup, mintalah segera maaf mereka. Mereka adalah bahagian yang tidak dapat terpisahkan dalam kehidupan kita sebagai manusia. Apalagi kita semua pernah menjadi anak, pernah menjadi bayi, dan semua dibesarkan serta dilahirkan dari rahim seorang ibu.


mama dan abahku

Mulailah menoreh kebanggaan di wajah ibu kita lantaran memiliki kita sebagai anaknya. Mulailah menorehkan senyuman di bibir tua ibu kita lantaran diberi-Nya anak seperti kita. Sentuhlah mereka dengan sentuhan kasih sayang, pijitlah urat-urat tua mereka yang sering kesakitan dengan pijitan yang hangat sambil bicara dari hati ke hati dengannya.


Sungguh, hanya kerana kalimat yang tak terungkap saja, orang tua –khususnya ibu- tidak mengungkapkan kerinduannya kepada kita. Mereka tentu sangat rindu mendakap kita, bercengkerama dengan kita, membelai kita. Mata mereka sering terpejam, menerawang masa-masa indah ketika kita masih dalam timangan, masih dalam dakapan.


Gambar hiasan

Ah, teringin menangis rasanya mata ini. Mengenangkan diri yang jauh dari mereka, namun jarang meluangkan masa untuk mengangkat telefon dan bertanya kabar mereka. Pulsa lebih sering dihabiskan untuk kawan-kawan berbanding orang tua di kampung. Mungkin mereka tidak mengungkapkan tetapi tanpa disedari hati mereka sudah terhiris. Adakah ini yang membuatkan mamaku bangga??!


Buatlah ibu dan ayah kita bahagia. Carilah apa sahaja yang boleh membuatkan mereka tersenyum indah. Hantarlah masa tua mereka dengan sisa sejarah yang menyenangkan.


Gambar hiasan


Ini saja inti tulisan ini. Jangan sampai menyesal, ketika muncul perasaan ingin membahagiakan, tapi orang tua sudah tidak ada, iaitu meninggal dunia.


Ah, teringin menangis lagi rasanya. Mereka memberikan waktu mereka, kehidupan mereka, untuk kita, anaknya. Tapi kita, ketika sudah dewasa, dan memiliki kehidupan, untuk bertanya kabar saja dengan mereka enggan. Ah, betul-betul ingin menagis rasanya. Mereka curahkan sepenuh hati kasih sayang, tapi apa yang kita mampu berikan kepada mereka? Bahkan sedikit sisa waktu pun tidak.


Mama..maafkan diriku.


Dan, sekarang saya benar-benar menangis, tidak sanggup saya meneruskan kata-kata...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aduhai.. sayunya membaca entry nie.. sob sob..

Wan Suhafifi Sukri berkata...

moga kesayuan membawa kpd keinsafan, keinsafan membawa kpd pembaikan, dan pembaikan membawa kpd kemulian.
Ingat, syurga terletak di bawah tapak kaki ibu.

Tanpa Nama berkata...

ibu ana sudah meninggal dunia. Tak dapat peluang macam entum sekalian.

Jagalah ibu Mu selagi hayat dikandung badan.

Wan Suhafifi Sukri berkata...

jangan nanges aizat..

nta kan ade ibu faridah n ibu jual nasi kat umah kte.. tapi ana paham, pasti xsama dengan ibu kte yg sebenar

 


ZIKIR & FIKIR - Templates Novo Blogger 2008