13 Januari 2009

Kembara Ke Baitul Qurra'


“Tiga orang saja muslimin yang datang?! Kenapa yang lain tak turun skali?” soal Aizat kepada aku dengan nada sedikit tinggi dalam telefon akibat peserta yang hadir ke Program Pengajian Pondok Intensif di Baitul Qurra’, Melaka kurang mendapat sambutan.


”Ana dah cuba follow up semua ahli kita tapi yang ni je yang dapat. Mungkin mereka ada hal bersama family. Dah la cuti sem ni 2 minggu je”, aku cuba memberi alasan yang terbaik agar Aizat sedikit cool.


Perbualan telefon kami berakhir dengan sedikit kekecewaan kerana memikirkan kenapa hanya sedikit yang join program ni. Mungkin salah kami yang agak lambat mempromosikan program ni ke seluruh ahli halaqah. Kami sekadar berusaha apa yang termampu, selebihnya kami serahkan kepada Allah S.W.T..


Pada pagi Khamis, 25 Disember 2008 aku tiba di Stesen Bas Puduraya dengan menaiki bas Transnasional dari Kangar. Perjalanan selama tujuh jam itu terasa sungguh meletihkan. Aku menanti Acap yang juga akan tiba pagi itu dengan bas dari Kelantan. Kami telah berjanji untuk bergerak sekali agar memudahkan perjalanan.


Petang itu kami berdua ke Melaka dengan menaiki Jebat Ekspres. Kami pun tidak tahu ke mana arah tuju kami. ”Kat mane kite nak nak turun bang? Malam ni kite nak tidur mane?”, tanye Acap di dalam bas.


”Tadi baru abang dapat sms dari Kak Sau (Nabilah ’08). Die suruh kite turun kat Stesen Minyak Petronas Sungai Udang. Die nak jemput kat situ,” balasku. Sepanjang perjalanan, aku sungguh tertarik dengan keindahan seni bina rumah-rumah tradisional yang terdapat di Melaka.


Kak Sau menanti kami di tempat yang dijanjikan dengan sebuah kereta Satria biru. Bersamanya di dalam adalah Kak Dayah, Pak Long dan Mak Long. ”Muat ke kereta ni nak sumbat lagi dua orang? Dah la beg kami pun macam orang pergi haji,” fikirku. Dengan izin Allah segalanya dipermudahkan. Mereka merupakan family Kak Sau. Kak Dayah jadi ‘driver’ kami di Melaka.


Malam itu kami bermalam di rumah Mak Long. Walaupun kami baru saja bertemu namun Kak Dayah, Pak Long, dan Mak Long melayan kami seperti keluarga sendiri. Sempat juga malam itu kami ke rumah Pak Lang dan Mak Lang. Sungguh berselera makan malam kami di rumah Mak Lang dengan berlaukkan gulai udang galah dan asam pedas Melaka. Kami sangat terhutang budi kepada family Kak Sau yang sangat ramah melayan kami.


Besoknya, sebelum ke pondok kami ziarah ke rumah Kak Aisyah. Di situ, Hidayah dan adiknya serta Nana, yang juga bersama adiknya berkumpul menunggu kedatangan kami. Hidayah dari Terengganu dan Nana dari Perak. Jumlah muslimat yang ikut program itu adalah seramai tujuh orang. Setelah lunch dan solat Jumaat kami bergerak ke Madrasah Baitul Qurra’.


Baitul Qurra'

Kedatangan kami di sambut oleh Ustaz Zulkifli, Ketua Dewan Ulama’ Melaka yang juga merupakan tenaga pengajar utama di madarasah tersebut. Di dalam hati aku berasa sungguh gembira dan kagum bila dapat bersalaman dan menatap wajah ulama’ yang sentiasa menjadi sebutan sahabat-sahabatku kerana ketinggian ilmunya. Beliau juga pernah hadir dalam mimpiku beberapa malam sebelum itu di mana aku bertalaqi kitab dengannya. Sungguh tidak percaya yang kini aku benar-benar akan berguru dan menadah ilmu dari ulama’ besar kelahiran Bumi Hang Tuah ini.


’Inilah Kitab Usuluddin’


Selama seminggu, kami cuba mengkhatam kitab ’Inilah Kitab Usuluddin-Iktikad Ahli Sunnah Wal-Jamaah’ karangan Muhammad Mokhtar bin ’Athorid Al-Jawi Al-Batawi Al-Bukri. Kitab karangan ulama’ yang mengajar di Masjidil Haram, Mekah ini merupakan kitab asas kepada ilmu Tauhid. Agak susah untuk memahami isinya kerana ia menggunakan tulisan jawi lama. Walaupun kitabnya nipis dan berharga RM 2.00 tetapi isinya pastinya tiada tandingan. Aku sungguh tepegun apabila ustaz mensyarahkan setiap baris di dalam kitab tersebut.


Menurut Ustaz Zul, belajar dari asas dapat membina tapak agama yang kukuh, malaupun ia nampak seperti kecil dan tidak gloumor, namun ia merupakan ciri orang-orang yang bersifat rabbani, seperti generasi sahabat dan para ulama’ salaf. Ia merupakan tangga pertama yang wajib dilalui sebelum melangkah ke tangga-tangga yang lain dan merupakan pintu utama kepada agama Islam. Benarlah hadis Nabi yang berbunyi awwaluddeen ma’rifatullah, yang bermaksud awal kepada agama adalah mengenal Allah.


Perbahasan ilmu usuluddin atau aqa’idul iman (simpulan iman) ini dibahagi 3 bahagian iaitu tentang sifat ketuhanan (ilahiyat), sifat kenabian (nubuwwat), dan perkara-perkara ghaib (sam’iyat). Namun, sebelum mendalaminya, kami harus memahami akan sifat wajib akal, sifat mustahil akal, dan sifat harus akal kerana perbahasan-perbahasan aqa’idul iman tidak akan lari dari sifat-sifat akal ini.


Hari demi hari kami lalui dengan penuh semangat untuk terus menambah ilmu bagi mengamalkannya dan untuk disampaikan kepada rakan-rakan di Medan. Kami mula mengenal kehidupan di pondok yang benar-benar menekankan budaya dan adab-adab menuntut ilmu, hormat akan guru, sentiasa menjaga sahsiah dan ibadah, malah saling berkerjasama dalam semua perkara. Di sini terdapat pelajar-pelajar pondok tetap seramai 13 orang. Mereka sungguh mesra dengan kami dan dari merekalah kami banyak belajar tentang kehidupan sebenar di pondok.


Aku juga amat bertuah kerana berkenalan dengan Hilmi, student dari MAS Subang yang turut mengikuti daurah bersama kami. Beliau amat bersemangat dalam menuntut ilmu sehingga semua yang dipelajari sentiasa diulang-ulang walaupun ketika kami makan. Kami sering berbincang bagi meningkat pemahaman masing-masing.


Aktiviti diskusi yang sering diadakan setelah kelas pengajian


Jadilah PROTAZ Bukan PROSTAT


Nasihat-nasihat dan teguran-teguran daripada ustaz benar-benar terkesan di hati dan insyaAllah akan aku pegang sampai bila-bila. Pernah sekali aku ditegur hanya kerana gameku di dalam handphone, walaupun ia nampak kecil, namun ia tetap melalaikan kita dan boleh menghilangkan nur di hati yang selama ini dibina melalui ibadat. Sejak itu aku bertekad tidak akan membuang masa dengan bermain game lagi.


Dari kiri: Hilmi, aku, Ustaz Zulkifli, Aizat, Acap

Ustaz juga menasihatkan agar bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu di dalam bidang kami iaitu medical sehingga dapat mengambil specialist dan menjadi rujukan kepada doktor-doktor lain. Namun jangan tinggalkan ilmu agama, kerana dengan ilmu agama sahaja yang dapat memandu kita kepada kejayaan dunia dan akhirat.


Sejak akhir-akhir ini kita sering terdengar istilah ‘Protaz’ iaitu profesional ustaz. Golongan ini merupakan orang yang seimbang, bukan sahaja berjaya dalam kerjaya sebagai profesional, malah memahami Islam secara menyeluruh sebagai suatu cara hidup sebenar. Janganlah dalam kita cuba melahirkan ramai golongan protaz ini, terlahir pula golongan ‘Prostat’. Ilmu-ilmu yang telah disaring dan ditapis oleh ulama’ kerana membahayakan umat diambil kembali dan diperjuangkan oleh golongan prostat ini. Mereka umpama organ prostat di dalam sistem saluran kencing manusia yang mengumpulkan segala kotoran kerana silap mereka yang tidak mengikut manhaj yang telah ditetapkan ulama’. Maka muncullah konsep akidah al-tawfiq bayn al-din wa al-falsafah oleh Ibnu Rushd yang jelas-jelas bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. [sila rujuk Pengintegrasian Ilmu Pengetahuan Semasa]


Maka jalan paling selamat adalah dengan menuntut ilmu dengan para ulama’ yang benar-benar memperjuangkan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Dengan sebab itu jugalah program daurah di Baitul Qurra’ ini dilakukan. Walaupun kita di bidang perubatan, kejuruteraan, senibina, malah bidang pendidikan sekalipun, ambillah peluang untuk menuntut ilmu agama yang pastinya dimulai dengan ilmu tauhid. Gunakanlah setiap kesempatan cuti semester yang panjang untuk hadir-hadir di madarasah di mana jua untuk menadah ilmu dari ulama’ yang merupakan pewaris Nabi. Itulah pesan Ustaz yang selalu bermain di fikiranku dan akanku pegang sekuat-kuatnya dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang pastinya berat sebagai seorang da’ie dalam menyeru manusia ke jalan Illahi.


Sekian catatan Kenanganku di Baitul Qurra’...


5 ulasan:

Pemasaran & Jualan (01115099848) berkata...

Salam..

Ulasan yang mantap! Harap pengajian intensif ini dapat diteruskan hingga selesai 13 ilmu yang mesti dikuasai setiap muslim seperti dalam kitab jundullah karangan ust sai'd hawwa...

patut lah ana tak jumpe game kat hp enta lagi ^^ huhu~

Nazrul Amar Husin berkata...

mantap2...ana ni penuh ngan game lg nih...aiseh...bile la bleh benti dr main game nih... T_T

ana pon slh sorang yg x join...hehe
aizat, nta jgn marah ekkk.. =)

ana yg rugi sbnrnye..smpai umah, tnjuk jgk kat ummie ana flyer tu, tp las2 baru die tanye psl mgaji kat pondok..aiseh

ummie ana ok sbnrnye, cume cuti la 2 minggu, tau2 je la...nta pon bace blog ana tu kan...psl adik2 ana tuh~ *happy*

insyAllah, yg akan datang ana akn cube hadir... ^^,

Wan Suhafifi Sukri berkata...

to Amar..

insyAllah bulan 6 nnt kte buat pengajian intensif lg..kte harap lebih ramai yg hadir. Klu bleh nak jadikan budaya, asal ble cuti je kte akan buat pengajian. Parent kte insyAllah akan memahami ble anak die nak menuntut ilmu. Moga ilmu yang dapat bermanfaat utk ummat.

p/s : aizat x marah pun. saje pchyco je tuh. heheh

Pemasaran & Jualan (01115099848) berkata...

Betul tu wansu

Yang penting istiqamah mengaji halaqah di Medan ye..

Selamat Membudayakan Ilmu Pengetahuan!

Tanpa Nama berkata...

salam,tanyer sket..program daurah msh ader.tq

 


ZIKIR & FIKIR - Templates Novo Blogger 2008